|
Selamat Datang Ke Laman Web Yayasan Bandaraya Johor Bahru
|
Taklimat Kelas Persediaan Peperiksaan 2009 dan Anugerah Pelajar Cemerlang 2008 |
|
|
|
|
Written by iezzzwan
|
|
Wednesday, 13 May 2009 |
|
JOHOR BAHRU 10 MEI 2009: Yayasan Bandaraya telah mengadakan Taklimat Kelas Persediaan Peperiksaan (KPP) 2009 dan Anugerah Pelajar Cemerlang 2008 di Kompleks Islam Johor hari ini yang telah dihadiri oleh 300 orang pelajar, ibu bapa dan guru-guru. Upacara perasmian dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Setiausaha Yayasan Bandaraya Johor Bahru, Tn Haji Abdul Ghazali bin Karim. Dalam ucapan perasmian yang disampaikan, beliau menekankan kepentingan gandingan ilmu dan akhlak sebagai teras pembangunan modal insan berkualiti di masa hadapan. Penganugerahan Pelajar Cemerlang ini diadakan setiap tahun sebagai inisiatif dan dorongan kepada pelajar-pelajar Skim Anak Angkat YBJB yang telah mendapat keputusan cemerlang pada peperiksaan SPM, PMR dan UPSR yang lepas. Write Comment (0 Comments) |
|
Last Updated ( Wednesday, 13 May 2009 )
|
|
Read more...
|
|
|
Butiran Kelas Persediaan Peperiksaan 2009 |
|
|
|
|
Written by iezzzwan
|
|
Wednesday, 13 May 2009 |
|

Kelas Persediaan Peperiksaan akan diadakan mengikut ketetapan berikut: Tempat: Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara 2 Peringkat: SPM, PMR dan UPSR Tarikh: 10 Mei 2009, 17 Mei 2009, 24 Mei 2009, 21 Jun 2009, 28 Jun 2009, 5 Julai 2009, 12 Julai 2009, 19 Julai 2009, 26 Julai 2009, 2 Ogos 2009, 9 Ogos 2009. Pakaian: T-Shirt Yayasan atau uniform sekolah (bagi yang belum menerima t-shirt) dan berkasut. Matapelajaran: Bahasa Melayu, Matematik Moden, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Sains Teras, Kimia. Kelengkapan: Set alat tulis, buku nota, geometri / buku sifir jika diperlukan. Buku kerja akan disediakan. Laluan Bas: Sila tunggu di checkpoint-checkpoint bas yang terdekat. - Bas 1: Hentian SK Kota Puteri, SK Permas Jaya 1, Traffic light Bus Stop Bayu Puteri, SK Bakar Batu, SAJ Larkin.
- Bas 2: Bus Stop Depan Maybank Taman Daya, Bus Stop Taman Istimewa, Bus Stop Yeo Hup Seng, SMK Tun Syed Nasir Ismail, Shell Kangkar Tebrau.
- Bas 3: Petronas Bukit Kempas, Petronas Taman Cempaka, Bus Stop Berhadapan Kondo Bukit Alif, Esso Jln Dewata Larkin Perdana, Pintu Gerbang Setia Tropika, masjid jamek Kg Melayu Majidi.
- Bas 4: Bus Stop pecan Rabu, Bus Stop sebelum Angsana, Bus stop Hadapan Kurnia Insuran BBU, SK Kompleks Uda, Bus stop depan ESSO Taman Tampoi Indah, Kg Sri Padu, Petronas BBU Jalan Malinja.
Semua pelajar Skim Anak Angkat Yayasan yang terlibat harap maklum. Write Comment (0 Comments) |
|
Last Updated ( Friday, 15 May 2009 )
|
|
|
|
Yayasan Bandaraya Johor Bahru
08-05, Tingkat 8, Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek, 81720 Johor Bahru
Tel: 07-2248950 Faks: 07-2231880
Penafian: YBJB tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini. Hakcipta: Yayasan Bandaraya Johor Bahru 2007 |
|
|